Thursday, 8 December 2011

Contoh Surat Rasmi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,  
Desa Harmoni,  
Jalan semangat,  
43200 Cheras,  
Selangor Darul Ehsan.  
______________________________________________________________  
 
Yang dipetua,  
Majlis Pembandaran Kajang,  
43000 Kajang,  
Selangor Darul Ehsan.  
_____________________                                                        26APRIL2007  
Tuan,  
 
Aduan Pembakalan Haram  
______________________  
 
Dengan hormatnya perkara di atas saya rujuk.  
 
2. Untuk pengetahuan tuan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan simpan berhampiran dengan kampung kami.Perbuatan ini telah dikesan oleh penduduk kampung.  
 
3. Aktiviti tersebut telah menyababkan hakisan tanah.Akibatnya kampung kami terdedah kepada banjir kilat.Aktiviti pembalakan ini juga menyebabkan tidak ada lagi kawasan tadahan hujan di kampung kami.  
 
4. Selain itu,jalan raya di kampung kami telah rosak kerana sering dialui lori mengankut balak.keadaan ini juga membahayakan penduduk kampung yang menunakan jalan tersebut.  
 
5. bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar foto untuk membuktikan aduan kami.  
 
6. Kami berharap agar pihak tuan dapat menambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan hidup kami.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai.  
 
sekian,terima kasih.  
 
"RAKYAT SIHAT NEARA MAJU"  
Saya yang menjalankan tugas,  
 
 
        SULAIMAN  
      
[SULAIMAN BIN DAUD]  
SETIAUSAHA,  
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,  
Desa Harmoni.

No comments:

Post a Comment